BANGI, 28 Feb- Jumlah kematian akibat rusuhan kaum di Delhi meningkat ke 38 orang dan beratus lagi cedera berikutan tindakan tidak puas hati rakyat apabila Nerendra Modi, Perdana Menteri India memindahkan Hakim Mahkamah Tinggi India, S. Muralidhar disebabkan kritikannya kepada polis dan kerajaan kerana gagal mengawal rusuhan.
Seperti laporan The Gurdian, S. Muralidhar, pada awalnya mengkiritik polis dan meminta untuk menyiasat ahli politik daripada parti Bharatiya Janata yang sengaja mengundang keganasan.
Walau bagaimanapun, Ravi Shankar Prasad Menteri Undang-undang menafikan perpindahan tersebut disebabkan kritikan tetapi kerana satu proses biasa.
Buat masa kini, ketegangan kaum di ibu negara India masih tinggi apabila kelihatan polis dan tentera mengawal jalan raya dan kawasan sekitar berikutan rusuhan yang bermula ahad lepas.
Rusuhan bermula apabila Kapil Mishra, ahli politik daripada parti Bharatiya Janata melakukan ucapan yang mahu mengancam pihak perusuh yang menentang undang-undang kerakyatan yang jelas menindas umat Islam di India.
Akibat daripada ucapan rasis itu, perusuh kaum India mula melakukan serangan ke atas penduduk Muslim sehingga ada yang membakar rumah dan memukul tanpa belas kasihan.