Sudah terang lagi bersuluh, khidmat kurang sibuk rebut pengaruh, bukan seorang malah berpuluh-puluh, rakyat sekarang ramai yang mengeluh.
Ini adalah kepincangan yang berlaku dalam sistem demokrasi. Bila pandai bercakap, dikatakan pandai berpolitik. Berpolitik untuk apa? Untuk kejar cita-cita politik peribadi jadi PM, untuk cari habuan, untuk tutup kes?
Berpolitik untuk apa kalau bukan untuk mendaulatkan Islam dan menjaga kepentingan orang Melayu? Di mana tahap sosio ekonomi orang Melayu sekarang kalau bukan yang tercorot di bumi sendiri? Di mana maruah mahkamah syariah kalau hanya sibuk urus isu nikah cerai? Apa jaminan Perlembagaan yang menjadi tonggak pertahanan Islam dan Melayu akan terus dipertahankan oleh pemimpin kaki lompat sibuk menyelamatkan karier politik mereka?
Tidak pelik kalau akan berlaku banyak lagi siri-siri peralihan kuasa kerajaan tanpa melalui Pilihan Raya Umum. Pemimipin-pemimpin ini ramai yang tiada prinsip dan pendirian. Bila diugut dan diberi habuan mereka akan melompat ke mana-mana untuk terus selamat. Yang asyik fikir kepentingan cita-cita politik pun tak habis-habis mengaku dapat sokongan majoriti, masih tak boleh “move on” demi agenda nasional yang lebih penting.
Wahai umat ku, cukup-cukup lah kita diperkotak-katikkan sedemikian rupa oleh pemimpin-pemimpin seperti ini. Insafilah kesilapan kita memberi kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin yang kurang wibawa ini ke Parlimen, baik di sebelah kerajaaan atau pembangkang.
Selepas ini undi kita hanya untuk mereka yang wibawa, hanya untuk mereka yang mempunyai reputasi yang baik, bebas dari sebarang skandal dan anasir sesat seperti Liberal dan Syiah. Kita pun dapat lihat aksi-aksi lucu mereka umpama badut yang mebahaskan dasar-dasar penting negara di Dewan Rakyat. Apakah masing kurang lagi bukti bahawa kita perlu berubah dan celik mata? Kita sekarang amat terdesak untuk memastikan kepimpinan negara diwakili oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa lagi bertaqwa.
Saya menyeru Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen dan biar kita bersihkan kerajaan pemerintahan Tuanku dari pemimpin-pemimpin seperti ini. Jika Tuanku pun pening melayan kerenah mereka yang sering datang mengadap untuk menyatakan sokongan majoriti di pihak mereka untuk menubuhkan kerajaan baru, kami selaku rakyat lebih-lebih lagi risau akan situasi ini. Banyak lagi agenda nasional masih belum terlaksana. Mereka sangat sibuk dengan perang perebutan kuasa dan pengaruh.
Saya yakin ramai lagi pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan bertaqwa di luar sana yang lebih layak dari mereka. Cuma mereka tersisih dek kerana ketaksuban kita selama ini kepada blok kepartian yang sempit. Memilih hanya kerana ikut warna parti, tanpa mengira kelayakan, kewibaan dan reputasi mereka.
Oleh kerana kita berpecah mengikut warna parti, musuh mula ambil kesempatan sehingga akhirnya mereka ke Putrajaya. Saya berani jamin majoriti umat kita tidak akan menyokong Chauvanis Kiasu ini jika mereka bersendirian, tapi bila mereka duduk berselindung di belakang mana-mana parti akhirnya mereka lebih dominan dan berkuasa dalam kerajaan. Semuanya kerana merelakan undi kita kepada mereka kerana terlalu ikut blok kepartian.
Cukuplah setakat ini. Ayuh kita bersihkan kepimpinan negara dan gantikan mereka dengan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan bertaqwa. Jika mereka tidak bertaqwa pada yang ghaib, apa jaminan kita mereka tidak akan khianat pada yang zahir. Walaupun ada di kalangan kita yang masih lagi tegar menyokong kempimpinan sekarang, saya yakin jauh di sudut sanubari anda (pembaca) bersetuju dengan lontaran saya ini.
Mohd Nasrul Muhaimin
Yang di-Pertua,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Cawangan Dungun