Anwar untuk PM (Pengumuman Majoriti)

1. Senario politik negara yang telah sekian lama hangat kini kembali bergolak apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti ahli parlimen bagi menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin

2. Ramai melihat pengumuman ini sebagai publisiti murahan dari seorang ahli politik terdesak yang telah tamat tempoh sahnya (expired). Anwar Ibrahim yang terkenal dengan muslihat liciknya dalam politik seperti Langkah Kajang, Langkah Port Dickson dan beberapa kontroversi lain sememangnya sukar dipercayai. Kita semua belum lupa pengumumannya pada tahun 2008 dan awal 2020 bahawa beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri

3. Beliau amat berkepentingan dan mempunyai agenda peribadi yang merbahaya kepada kedaulatan negara. Apatah lagi apabila beliau sering dikaitkan dengan hubungan akrabnya dengan Amerika dan sekutu kuasa dunia itu

4. Negara sedang berperang dengan gelombang kedua Covid-19. Bukankah fokus seluruh jentera dan pemimpin negara tidak kita kerajaan dan pembangkang adalah untuk mengurus pendemik ini? Namun nampaknya, semua ini tidak penting bagi Anwar Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangannya. Yang penting dia inginkan kuasa sebagai Perdana Menteri

5. Setelah dipecat oleh Tun M pada tahun 1998, meringkuk di dalam penjara bertahun-tahun, dinafikan jawatan dalam kerajaan ketika PH menang PRU-14 pada tahun 2018 serta sekali lagi dinafikan peluang sebagai perdana menteri setelah Tun M meletak jawatan pada Mac 2020, ternyata Anwar Ibrahim telah kemaruk pangkat dan hilang kewarasan akal untuk mendapatkan jawatan tertinggi yang telah lama diidamkan

6. Malah jika betul sekalipun beliau mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen, hakikat ini merupakan musibah besar terhadap negara kerana sudah tentu DAP yang anti-perlembagaan, anti-Islam dan anti-perpaduan nasional bakal naik semula dalam kerajaan

7. Ia juga merupakan musibah besar kerana terbukti ahli parlimen kita tidak memiliki pendirian dalam perjuangan, tiada agenda serta saling melompat ke sana-sini demi habuan material yang bukan sedikit nilainya

8. Jika diadakan PRU-15 sekalipun, ia bukan jaminan keadaan akan kembali stabil kerana mereka akan terus lompat-melompat selepas PRU-15 berdasarkan kepentingan peribadi dan habuan material dan pangkat yang menanti

Ir. Ts. Lukman Al Hakim

JKP Isma
25 September 2020

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat