Normalisasi bukan sahaja berkaitan dengan hubungan diplomatik semata mata. Ianya bermula dengan Perjanjian Camp David tahun 1978 antara Mesir dengan Israel selepas peperangan Mesir- Israel tahun 1973 yang berpihak kepada Mesir. Mesir telah dapat mengambil semula Semenanjung Sinai.
Usaha dari Presiden USA waktu itu Jimmy Carter sebagai orang tengah mendamaikan antara Mesir dan Israel. Hasilnya Israel berjaya memisahkan Mesir dari dunia Arab. Semasa Perang tahun 1973 , Mesir mendapat sokongan dan bantuan dari negara negara Arab. Kesannya amat besar terhadap geopolitik dan ekonomi Mesir semuanya perlu tunduk kepada USA.
Kebergantungan ekonomi Mesir dengan USA terlalu tinggi. Camp David telah mengikat Mesir dalam semua urusan negara sehingga kepada pengeluaran pertanian negara dikawal oleh USA termasuk subsidi dan semua bantuan untuk rakyat.
Normalisasi terus berjalan melibatkan beberapa buah negara Arab lagi sehingga terkini telah melibatkan secara rasmi empat buah negara Arab. Terakhir akan diikuti oleh Arab Saudi yang belum dilaksanakan secara rasmi tetapi hubungan tak rasmi telah sedia terjalin.
Apa disebalik normalisasi terakhir ini. Secara ringkas boleh dikatakan ianya merupakan cubaan pemimpin beberapa buah negara Arab untuk mengukuhkan kuasa mereka. Arab Spring telah mengajar mereka beberapa orang pimpinan negara Arab tersungkur. Kerajaan baru agak lemah selalu berlaku pertukaran kerajaan, maka bagi beberapa pimpinan negara Arab yang masih berkuasa memerlukan bantuan untuk menyelamatkan kuasa mereka.
Mereka merasakan berbaik baik dengan Israel adalah antara jalan yang terbaik memandangkan kedudukan Israel berpengaruh besar dalam geopolitik dunia kerana negara Barat penyokong kuat Israel. Kononnya dengan bermesra dengan Israel akan mengekalkan kuasa mereka. Inilah realiti kepimpinan negara Islam sekarang terutamanya negara negara Arab. Mereka hilang jati diri. Mereka mengejar kuasa dan pangkat. Rela bermesra dengan musuh utama Yahudi laknatullah demi kuasa dan pangkat.
Krisis ini telahpun merebak di negara negara Islam yang lain termasuk Malaysia.. Kegilaan untuk mengejar kuasa dan pangkat akan memusnahkan agama, bangsa dan negara. Rakyat harus berwaspada dengan pemimpin yang sedemikian. Padah sedang menanti jika rakyat leka dengan sogokan dan tawaran palsu yang mengghairahkan.
Mudah-mudahan kemenangan Peperangan Saif Al Quds akan mengubah segala galanya. Kekuatan Israel hanya benteng yang dibuat dari susu sebagaimana kenyataan Mosye Dayan Menteri Pertahanan Israel ketika itu bila kalah dengan Mesir perang tahun 1973 di Sinai, rupanya benteng Bar Lev sempena nama Jeneral Israel waktu itu yang dibanggakan kekuatannya ibarat susu beku.
Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan