Sampai bila rakyat Malaysia yang tak bersalah harus menjadi mangsa kepada pemabuk.
Sampai bila kerajaan yang sepatutnya menjaga kesejahteraan rakyat nak berdiam diri terhadap perkara ini.
Sepatutnya arak sudah lama diharamkan penjualannya di Malaysia ini.
Berhentilah mengatakan meminum arak merupakan ‘hak bukan Islam’ kerana tidak ada agama yang membenarkan arak pun.
Arak memang sudah terbukti merosakkan kesihatan, keluarga dan masyarakat. Maka, ini adalah isu kita semua bersama, merentasi agama dan latarbelakang.
Sepatutnya atas dasar ini sahaja sudah boleh menyatukan seluruh rakyat Malaysia untuk sepakat menolak arak.
Jadi, saya menyeru sungguh-sungguh, para pemimpin, khusus nya menteri-menteri dan ahli politik untuk membuat pendirian tegas terhadap penjualan arak di negara tercinta ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ini, ayuh kita mainkan peranan masing-masing dengan menolak segala aktiviti yang berkait dengan Arak ini termasuklah menolak pemimpin di semua peringkat yang lemah dan bacul pendirian mereka dalam isu ini.
Setiap rakyat Malaysia adalah penting dan berharga untuk dipelihara.
Ayuh, Kita menolak Arak.
Malaysia akan aman tanpa Arak.
Mohammad Riduan Muhammad
Naib Presiden
(Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti)
(Ketua Biro Pemuda)