PASIR PUTEH, 15 Julai – Pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun, 58, sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu penuh kontroversi.
Menurut Ketua Perhubungan Isma Kelantan, Ustaz Sharipudin Ab Kadir, beliau terkenal dengan individu yang berfahaman liberal.
Bahkan tegas pertahankan kumpulan G25 yang mendokong fahaman liberal dan Sister in Islam (SIS) juga pejuga pejuang LGBT.
”Seperti yang kita tahu aliran ini merosakan identiti bangsa dan agama,” katanya ketika dihubungi.
Katanya lagi Parlimen Malaysia adalah institusi yang mendokong Perlembagaan negara yang menjunjung tinggi kedudukan agama Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja Melayu, sedangkan pemikiran liberal menolak semua elemen di atas.
“Sejauh mana mereka yang mendokong fahaman liberal untuk mempertahankan perlembagaan negara,” ujarnya.