Oleh : Ustaz Amar Ismat Bin Mohd Nasir
Menarik sungguh perumpamaan yang digambarkan oleh Imam Al-Akhdori rhm dalam nazm Sullam Al-Munawraq (Mantiq). Beliau mengibaratkan akal sebagai langit, jahil sebagai awan, dan matahari sebagai ilmu/makrifah.
Langit (akal) sebagai tempat terbitnya matahari, di mana di situlah tempat cahaya makrifah muncul. Kadangkala awan kejahilan melindungi langit akal daripada menerima cahaya makrifah. Apabila berlalu awan-awan kejahilan itu, maka teranglah cahaya makrifah sehingga menyinari sekecil-kecil masalah (persoalan akli yang rumit).
Sullam yang bermaksud tangga, sebagai simbol untuk mendaki ke langit akal yang tinggi dan sejahtera.
Sayangnya kita selalu melangkau dalam membincangkan muqaddimah ini, dan terus masuk ke fasal yang berkaitan dalam ilmu. Ini menyebabkan seni memahami ilmu itu hilang indah dan serinya.