Oleh : Kaslawati Binti Kassim
SEREMBAN, 20 Mei – Serahan bantuan Bakul Kasih Ramadan Ikatan Muslimin Malaysia Isma Cawamgan Seremban dengan kerjasama Yayasan Ikhlas juga telah berlangsung di Astana Raja, Rembau hari ini.
Enam puluh buah keluarga yang memerlukan bantuan telah sikit sebanyak dibantu menerusi program ini hasil sumbangan dari keperihatinan orang ramai bermula awal Ramadan yang lalu.
Sumbangan telah disampaikan dari rumah ke rumah penerima, diketuai oleh Ustaz Mohd Soffee Mustafa, Pengasas Geng Ngaji di Astana Raja, Rembau di sini.
“Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan ini, kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul” ujar Ustaz Mohd Soffee Bin Mustafa.