Bakul Kasih Ramadan Bantu Lebih 250 Keluarga Yang Memerlukan Di Seremban

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

SEREMBAN, 22 Mei, serahan sumbangan kepada masyarakat di sekitar Senawang menerusi program Bakul Kasih Ramadan diteruskan pada penghujung Ramadan yang lalu.

Uniknya serahan Bakul Kasih Ramadan Isma Seremban telah dijayakan oleh hampir keseluruhan ahli-ahli Isma Seremban mengikut lokaliti kediaman mereka di sini.

“Alhamdulillah, Bakul Kasih Ramadan 2020 adalah platform yang berjaya membantu lebih 250 keluarga yang memerlukan bantuan di sekitar Seremban hasil sumbangan dan keprihatinan masyarakat juga. Penerima bantuan telah mendapat barang-barang makanan  di samping bantuan berupa wang tunai.”, ujar Tuan Hj Norhelmi Bin Jamil YDP Isma Seremban.

“Moga Allah berkati usaha ini. Alhamdulillah kami turun sendiri dari rumah ke rumah untuk menyampaikan serahan bantuan ini dengan izin Allah SWT jua”, ujarnya lagi.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat