Oleh : Kaslawati Binti Kassim
SEREMBAN, 20 Mei – serahan bantuan Bakul Kasih Ramadan Ikatan Muslimin Malaysia Isma Seremban dengan kerjasama Yayasan Ikhlas diteruskan lagi di sini semalam.
Wakil-wakil Ikatan Muslimin Malaysia Isma Cawangan Seremban terus komited menyampaikan bantuan ini kepada keluarga yang memerlukan seluruh masyarakat di sekitar Seremban 2 dan kawasan Panchor di sini.
“Moga beban mereka yang terkesan dengan suasana PKP dapat diringankan. Dan keluarga-keluarga yang dijuji dengan ujian kesusasahan hidup dapat sedikit sebanyak dibantu menerusi usaha ini”, ujar Ustaz Mustafa Kamaruddin, Pengarah Bakul Kasih Ramadan Isma Seremban 2020.
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang budiman, moga Allah balas jasa baik kalian dengan sebaik-baik balasan di sisiNya.