Bantulah frontliners, duduklah di rumah

Duduklah di rumah. Ambil peluang ini dan penuhilah hak ahli keluarga yang selama ini kita abaikan tanpa kita sedar. PKP ini mungkin berlaku sekali dalam hidup anda, raikan dengan apa cara sekalipun di rumah mengikut cara masing-masing.

Bagaimana kita menghadapi PKP ini adalah mengikut apa yang kita fikirkan mengenainya. Sekiranya positif yang difikirkan, anda akan tenang dan memori indah akan tercipta bersama keluarga. Baru kita kenal siapa anak-anak bujang kita, siapa anak dara kita, baru kita tahu apa kesukaan dan kelemahannya. Baru kita sedar, lama sudah rupanya kita tidak berbual bersama mereka.

Duduklah di dalam rumah, kerana frontliners semuanya mencemburui anda. Anda boleh melindungi diri dan anak-anak tersayang daripada corona virus tetapi mereka resah gelisah takutkan corona virus dibawa pulang ke rumah.

Bantulah kami, duduklah di rumah.

Bantulah kami, kami mencemburui anda yang boleh duduk di rumah. Bantulah kami, kami juga mahu pulang bersama keluarga kami dengan tenang dan gembira.

Bantulah kami, anak-anak kami dan pasangan kami rindukan hidup berkeluarga seperti sedia kala.

Bantulah kami, kami juga sedang membantu anda.

Corona virus perlu dihentikan.

Ayuh bersatu hati, bina semula sistem kesihatan, sistem ekonomi dan selamatkan masa depan Malaysia dengan hanya duduk di rumah.

Dr. Siti Nur Syamimi
Frontliner Covid-19
Aktivis I-Medik dan ISMA Bangi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat