Bersedia dengan ujian Allah

Gambar ini diambil ketika berada di atas sebuah pokok dalam keadaan angin pantai bertiup sangat kuat.

Apa berlaku kepada si pemanjat pokok itu?

Jeng…jeng…jeng…

Alhamdulillah, si pemanjat pokok itu selamat kerana berpegang sangat kuat kepada pokok itu.

Iyelah,takut terjatuh ke bawah,jadi peganglah pokok itu dengan kuatnya. 

Saja nak buat kita semua berfikir tentang peristiwa ini.

Dalam hidup ini, bila kita diuji dengan ujian yang susah atau berat kita akan cepat kembali kepada yang memberi ujian. Kita cepat sedar dan berubah. Banyak yang kita pelajari daripada ujian-ujian yang berat itu.

Tetapi, ujian tidak hanya datang dalam bentuk susah. Ada juga Allah uji kita dengan kesenangan. Inilah yang paling ditakuti kerana bila diuji dengan kesenangan kita mudah alpa dan lupa.

Kalau tadi, bila angin kuat bertiup ketika berada di atas pokok, si pemanjat pokok akan pegang dengan kuat dahan pokok itu. Tetapi cuba bayangkan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup bila si pemanjat berada di atas pokok.

Mungkin si pemanjat tidak bersedia dan tidak berpegang kepada dahan pokok ketika itu. Atau mungkin si pemanjat pokok sedang terlena ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sambil tangan tidak berpegang kepada apa-apa lalu jatuh dari pokok. Nauzubillah.

Bagi sesiapa yang sedang diuji, mari sama-sama kita hadapi setiap ujian itu dengan sabar dan reda. Ujian itu Allah beri untuk meningkatkan kedudukan kita dan menjadikan kita lebih matang. Dan berhati-hatilah ketika diuji dengan kesenangan.

Moga kita terus menjadi hamba Allah yang diredai dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat