Generasi Melayu merdeka sebelumnya memilih untuk tinggal bersama tetamu dari negara besar China dan India atas dasar meraikan tetamu. Bukan setakat itu, dibenarkan mereka beroleh kerakyatan dan meraih hasil bumi sepertimana bumiputra yang lainnya bahkan masih boleh mengekalkan sistem pendidikan yang bertunjangkan bahasa ibunda negara asal.
Untuk itu, tetamu haruslah menghormati hak-hak bangsa Melayu yang sudah dimaktubkan dalam perlembagaan. Belum ada negara lain yang membenarkan keistimewaan sedemikian rupa kepada mana-mana tetamu di negara mereka.
Masa berlalu, keistimewaan yang diberikan menjadikan sebahagian tetamu lupa diri dengan berterusan mencabar hak keistimewaan orang Melayu. Apa sahaja yang melibatkan keistimewaan orang Melayu akan ditentang habis-habisan. Agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan raja-raja Melayu satu persatu dicabar bagi mengubah landskap negara ini. Orang Melayu masih bersabar terutama masih ramai dari golongan tetamu yang masih mengekalkan taat setia kepada negara tumpangan mereka.
Malangnya, tetamu yang dilihat mencabar hak tuan rumah ini adalah tetamu yang diberi mandat oleh rakyat, baik dari kerajaan yang memerintah atau pihak yang sebelah. Mereka turut disokong oleh sebahagian orang Melayu yang malu mempertahankan hak peribumi. Seperti senada, kewujudan orang Melayu ini seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Suara mereka membela tetamu yang berkepala besar, dan mempersimpang agenda mendaulatkan agama dan watan mereka sendiri.
Ketahuilah, jalan ‘aggression’ yang diambil oleh tetamu yang lupa daratan ini akan membawa kehancuran kepada pakatan mereka. Sama ada melalui kebodohan tetamu ini ataupun ‘aggression’ dari tuan tanah, untung ruginya adalah pada kedua-dua pihak tetapi akhirnya orang Melayu akan bangkit menerajui negara kerana inilah tanah yang diamanahkan untuk bangsa ini memimpin. Islam akan menjadi tunjangnya sekali lagi.
Buat bangsaku yang memilih mengkhianati perjanjian yang dipersetujui, kalian mungkin bergembira atas kedudukan hari ini. Tetapi ingatlah, kemenangan adalah milik Allah. Perjuangan pula adalah milik bangsa Melayu yang mendaulatkan syiar agama Allah swt. Bertaubatlah selagi masa masih ada. Kebenaran dan kebatilan tidak akan bercampur sehingga keakhirnya.
Buat bangsa Melayu dan tetamu yang ikhlas dan mahu mendaulatkan negara ini seperti yang disepakati oleh bangsa merdeka lalu, bersatulah, bersamalah… akhirnya, generasi mendatang akan tahu ayah ibunya adalah pejuang asli membentuk persekutuan Malaysia yang sebenar.
Yang benar,
Aktivis ISMA Kuala Lumpur