Oleh : Kaslawati Binti Kassim
SEREMBAN, 16 Sept – Sempena Cuti Hari Malaysia pada hari ini, Kursus Asas Videografi berjaya dilaksanakan oleh Biro Komunikasi Korporat Dan Multimedia Isma Cawangan Seremban.
Seramai dua puluh orang peserta daripada pelbagai latar belakang kerjaya dan lapisan umur berjaya dikumpulkan dalam kursus pagi tadi.
Antara objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran ahli-ahli Isma Cawangan Seremban.
“Kemahiran teknologi dan multimedia adalah kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai pada masa kini. Pengaruh kuasa media, kuasa viral sangat besar dan boleh mempengaruhi, mengubah persepsi dan pandangan masyarakat. Malah kuasa ini mampu menjatuhkan pemimpin sesebuah negara.
Peperangan hari ini adalah peperangan persepsi menerusi media. Media merupakan senjata, justeru memerlukan usaha yang hebat dan kehendak yang kuat untuk ilmu ini terus diteroka dan dikuasai”, ujar YDP Isma Seremban Tn Hj Norhelmi Jamil dalam ucapannya.
Perkongsian ilmu dalam kursus asas videografi pada hari ini telah dikendalikan sepenuhnya secara santai oleh Ajk BKOM Pusat, Mohd Al-Amin Asri dan adiknya Mohd Rofiq Asri.
Kursus pada kali ini difokuskan pada ilmu-ilmu asas rakaman video diikuti ilmu suntingan video menggunakan telefon bimbit.
“Dalam era digital dan pesatnya perkembangan multimedia hari ini, ilmu ini amat penting dikuasai penggerak dakwah supaya fikrah dan dakwah Islam lebih tersebar luas tanpa sempadan”, ujar beliau YDP Isma Seremban lagi.
Moga semua yang terlibat mendapat seberapa banyak kebaikan dari program ini dan diharapkan penggerak Isma Seremban mampu menghasilkan video dakwah berkualiti yang dapat memberikan kefahaman Islam kepada seluruh masyarakat.