Kami di PEMUDA ISMA menyokong penuh atas inisiatif Datuk Bandar DBKL meletakkan nama Palestin sebagai nama jalan.
Ianya merupakan pengiktirafan atas dasar keimanan dan kemanusiaan sejagat.
Betapa rakyat Palestin bersungguh mempertahankan tanah air mereka agar terus merdeka dari tangan penjajah Zionis Israel.
Apapun, berkenaan nama jalan yang dipilih, kami lebih cenderung untuk mencadangkan nama Jalan Persiaran Gurney yang dinamakan atas nama Henry Gurney.
Buat pengetahuan umum, Henry Gurney ialah Setiausaha Kehormat British ke Palestin bermula 1946 hingga 1948.
Di sana, beliau memainkan peranan yang besar dalam isu Israel – Palestin, pastinya dalam memenangkan Israel hingga tercabulnya tanah suci Palestin.
Kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pesuruhjaya Tinggi British, dihantar pula berkhidmat ke Tanah Melayu.
Betapa signifikan sekali andai nama penjajah ini yang ditukarkan kepada nama Palestin.
Jalan Persiaran Gurney Jalan Palestin.
Sungguh simbolik sekali!
Soufi Anual
JK Gerakan Massa
Pemuda Isma
28 September 2020