Cinta dan Air Mata Wanita Palestin

Oleh : Mimi Atieqa binti Noor Azam

SIMPANG RENGGAM, 25 Dis- Usrah Wanita siri kedua telah diadakan di Rumah Ilmu Simpang Renggam dengan jayanya. Program kali ini membawakan isu khas berkenaan Palestin yang berjudul Cinta dan Air Mata Wanita Palestin.

“Setiap hari wanita Palestin berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kematian suami dan anak-anak, tetapi mereka tetap tabah dan kuat menghadapi hari mendatang”, antara perkongsian dari Cik Nursabrina binti Mohd Johari, sukarelawan Aman Palestin cawangan Batu Pahat.

Para hadirin juga ditayangkan beberapa video yang menunjukkan keadaan sebenar penderitaan dan ketabahan para wanita di Palestin. Penceramah juga menasihati para hadirin untuk merasai perjuangan yang dihadapi wanita Palestin saban hari dan mengambil peranan mentarbiyah keluarga di rumah.

Sesuai dengan seruan wanita ISMA ‘Perjuangan Bermula dari Rumah’ para hadirin diajak untuk mengambil peranan dalam masyarakat dengan cara mengambil tahu isu-isu semasa yang berlaku serta meletakkan agenda dalam diri dan mendidik ahli keluarga.

Seramai 20 orang telah hadir ke Usrah Wanita cawangan ISMA Batu Pahat pada kali ini. Para peserta turut mengambil kesempatan untuk menyumbang kepada rakyat Palestin di samping bersoal jawab dengan lebih lanjut bersama wakil Aman Palestin yang hadir.

Usrah Wanita di Simpang Renggam merupakan aktiviti rutin bulanan oleh Wanita ISMA cawangan Batu Pahat untuk mengetengahkan pelbagai topik menarik serta isu semasa berkaitan kewanitaan agar secara tidak langsung mereka dapat menjadi agen perubahan di tengah masyarakat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat