MERUJUK kepada kenyataan YB Khalid Samad ini, saya ingin mengingatkan beliau supaya sudah-sudahlah berpolitik. Berhenti melihat setiap perkara menggunakan kaca mata politik.
Sebelum itu terkawal. 24 kes, 22 sembuh.. 2 sahaja dalam rawatan. Gelombang kedua pada 27hb Feb semasa Kerajaan PN sedang ditubuh, takde cabinet. Cabinet ditubuh 10 Mar.
Tindakan khianat Azmin, Muhyiddin, Zahid, Hadi dan GPS bawa bala kepada negara. Nak sangat kuasa..tebuk atap. https://t.co/ayUmDzTJ2l
— Khalid Samad (@KhalidSamad) March 17, 2020
Rakyat kini sedang dalam kesusahan baik dari segi kesihatan, ekonomi dan kewangan. Janganlah kusutkan lagi suasana tetapi sebaliknya marilah kita bersama-sama menenangkan keadaan.
Tidak ada faedahnya untuk kita menimbulkan isu-isu seperti ini, tetapi sebaliknya kita harus berganding bahu membantu kerajaan dalam melawan wabak ini. Pada masa yang sama, kerajaan juga harus terbuka kepada pembangkang untuk sama-sama bekerjasama.
Ini adalah masa untuk kita bersatu padu, bukannya bermusuhan kerana wabak ini tidak mengenal siapa kerajaan dan siapa pembangkang. Rakyat benar-benar memerlukan pemimpin yang berjiwa besar dan berpandangan jauh. Janganlah kita sendiri mendedahkan kecetekan akal dan kerendahan maruah kita dengan kata-kata yang tidak wajar sebegini. Isu khianat atau tidak, saya berpendapat itu hanyalah istilah politik yang terdesak mahukan sokongan, tidak lebih dari itu.
Sama-samalah kita berganding bahu, ketepikan segala perbezaan kita dalam menangani penularan wabak ini. Semoga Allah berikan kita petunjuk. InsyaAllah.
Hj Aminuddin Bin Hj Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)