Kerajaan yang cemerlang mengurus bencana global akan cemerlang mentadbir negara dalam keadaan normal
Malaysia di bawah kepimpinan TSMY telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dalam menangani Covid-19:
1) Malaysia berada di tangga ke-4 dari 105 buah negara dunia dari aspek kepuasan hati rakyat terhadap usaha yang dilakukan kerajaan bagi mengekang penyebaran Coronavirus
2) Setakat semalam hanya 4 bahagian/zon (0.34%) di negara ini yang masih berada di zon merah (lebih 40 kes positif)
3) Kadar kesembuhan pesakit yang dijangkiti Covid-19 adalah tinggi iaitu sebanyak 75.5% (5,025 orang) setakat semalam
4) Setakat semalam, jumlah kematian hanya 108 orang atau 1.62% daripada keseluruhan kes (6,656 orang) dan diiktiraf antara yang terendah di dunia
5) Walaupun dengan prestasi yang sangat baik, kerajaan Malaysia masih mengambil langkah berhati-hati dengan melanjutkan tempoh PKPB sehingga 9 Jun 2020 ketika beberapa negara dunia yang masih tinggi kes positif dan kematian mengambil langkah menamatkan atau melonggarkan ‘lockdown’ seperti di Sepanyol dan beberapa buah negeri di Amerika Syarikat
6) Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham diiktiraf sebagai 3 doktor terbaik dunia dalam menangani Covid-19 oleh Global TV Network bersama-sama Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand
7) Dalam arena ekonomi pula, dua institusi utama perbankan dunia Bank Dunia dan IMF mengiktiraf kemampuan Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi global dan pandemik Covid-19
8) Laporan Bank Dunia menyebut ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat untuk pulih walaupun terkesan teruk akibat pandemik Covid-19. Manakala, IMF mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 9.0% pada tahun 2021
9) Walaupun dengan pencapaian yang begitu membanggakan ini, TSMY dalam banyak perutusan beliau berkali-kali dengan penuh rendah diri memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas segala kesulitan yang terpaksa dihadapi
10) Beliau berseloroh secara natural dan menggunakan laras bahasa yang mudah difahami. Tersenyum dengan tenang walaupun seluruh negara tahu TSMY sedang berperang dengan kanser yang memberikan kesan teruk terhadap kesihatan diri beliau
11) Tidak dinafikan terdapat beberapa polisi yang perlu dibaiki termasuk perlantikan politik yang diragui kemampuan mengendalikan GLC atau badan berkanun kerajaan serta perlantikan Ti Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Perpaduan baru-baru ini
12) Begitu juga dengan prestasi beberapa orang menteri baharu yang masih belum dilihat berkesan memacu kementerian masing-masing sepanjang tempoh PKP
13) Namun, secara keseluruhan saya optimis kepimpinan TSMY mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik berbanding kepimpinan sebelumnya.
Ir. Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
JKP Isma PusatĀ