BANGI, 13 Mac- Berikutan pekeliling dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 11 Mac, yang menggesa penangguhan sebarang program melibatkan orang ramai, Pemuda Isma telah mengambil keputusan untuk menanguhkan program Hari Anak Muda (HARIMAU) pada minggu ini di Melaka.
Menurut Ketua Pemuda Isma, Arifin Manan keputusan ini dilakukan atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab kepada kesejahteraan ummah kerana ianya akan melibatkan 1000 anak muda dari seluruh Malaysia.
”Walau segala penat lelah dan wang ringgit telah dilaburkan, Pemuda Isma beranggapan sebarang risiko melibatkan penularan wabak Covid 19 mestilah dikawal dan dihentikan.
“Keputusan ini juga sebagai satu tanggungjawab dan kepatuhan kita kepada arahan KKM,” katanya ketika dihubungi.
HARIMAU, merupakan himpunan anak muda yang berusia dari 15 hingga 40 tahun berobjektifkan meningkatkan semangat perjuangkan mempertahankan agama bangsa dan negara.
Pelbagai aktiviti yang telah dirancang seperti pertandingan sukan, pameran kebudayaan, permainan tradisional dan konsert nasyid malam pemuda.