CUBAAN HIDUPKAN IDEOLOGI KOMUNIS

Pemimpin dan rakyat Malaysia yang prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa pastinya akan dapat menghidu cubaan untuk menghidupkan ideologi komunis dan membawa naratif baru yang boleh merubah sejarah negara.

Berdasarkan pelbagai siri peristiwa yang berlaku tahun lalu yang seolah-olah mahu mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan, dan bukannya pengganas. Sekiranya naratif itu berjaya diangkat, ini bermakna jasa askar-askar dan pasukan keselamatan yang berperang siang dan malam akan dilupakan.

Komunis bukan sahaja terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Malaysia dan anggota keselamatan, bahkan juga terlibat dalam pembunuhan Ketua Polis Negara yang ke-3, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada tahun 1974.

Berikut adalah sebahagian daripada rentetan peristiwa :

1- Ada pihak yang berniat jahat dengan menaikkan bendera Malaysia yang salah iaiatu bendera 5 bintang di majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 (anjuran MABA – Nov 2019)

2- Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri dikecam netizen apabila bertindak menukar warna bendera Malaysia kepada jalur hitam berhubung isu pengenalan tulisan khat (Ogos 2019).

3- Majikan yang menggantung bendera terbalik bersempena dengan ambutan Hari Kebangsaan dikecam orang ramai dan diminta tunjuk sebab kejadian yang berlaku (Ogos 2019)

4- Yew Yin, hartawan yang menghina ATM dan PDRM mempunyai agenda yang tersembunyi (Ogos 2019).

5- Ada pemimpin kanan DAP (NKM) yang mendakwa bahawa datuknya adalah wira negara sedangkan mereka terlibat dengan kegiatan MPAJA dan perjuangan komunis (Ogos 2019).

6- Abu mayat ketua pengganas komunis, Chin Peng telah dibawa masuk ke Malaysia pada 16 September 2019 dan disambut oleh 150 individu di Ipoh Perak sebelum ditaburkan ke laut berhampiran Lumut Perak dan di hutan Banjawan Titiwangsa (Nov 2019).

7- Pendokong ideologi komunis cuba untuk mencipta naratif baharu termasuklah dengan kenyataan yang mengguris hati rakyat Malaysia atas cubaan menulis semula sejarah negara bagi mengangkat Chin Peng sebagai wira dan pejuang kemerdekaan sebenar di negara ini.

8- Seramai 300 orang individu yang terdiri daripada bekas ahli Parti Komunis Malaya telah berkumpul menghadiri satu perhimpunan di Kolej Universiti New Era, Kajang yang turut dihadiri oleh ADUN DAP Ronnie Liu (Dis 2019).

9- Beberapa pimpinan PH berpendirian bahawa isu kepulangan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia tidak seharusnya dijadikan isu besar kerana kerajaan Malaysia sudah pun berdamai dengan PKM menerusi Perjanjian Damai Hatyai pada 1989 (Dis 2019).

10- Kor Risik Diraja (KKD) memantau sebarang isu yang menjadi ancaman kepada keselamatan negara termasuk cubaan untuk menghidupkan semula ideologi komunis (Dis 2019).

11- Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia percaya bahawa masih ada individu dan kelompok tertentu yang cuba menyebarkan ideologi komunis dalam kalangan masyarakat. Mereka mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap individu dan kumpulan yang terbabit dengan penyebaran ideologi komunis.

Saya berpandangan bahawa pihak kerajaan dan pihak berwajib perlu mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang cuba menghidupkan kembali PKM ataupun ideologi komunis.

Mari bersama kita insafi perit-jerih bekas anggota keselamatan yang bertungkus-lumus melawan komunis dan ahli keluarga mereka yang menjadi mangsa kezaliman komunis di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Andai komunis diberikan pengiktirafan, maka sia-sialah perjuangan pihak keselamatan yang merupakan wira sanggup berkorban nyawa dan mengalami kecacatan kekal semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden ISMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat