Dakyah pelancong kristian di Malaysia adalah strategi terancang

BANGI, 11 Feb – Tular satu video yang memaparkan satu pasangan dari Amerika dan Singapura menyebarkan agama kristian kepada umat Islam di Malaysia.

Menurut Ketua Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Noor Azib Asmangi perbuatan  menyebarkan agama kristian di kalangan orang Islam di Kuala Lumpur ini adalah sebahagian daripada strategi terancang gerakan kristianisasi dunia yang sedang berlaku dalam negara.

Ujarnya perkara seperti ini perlu dihalang dan diambil tindakan kerana perbuatan mereka menyalahi undang-undang dan perlembagaan negara seperti yang tertulis dalam Artikel 11 (4) iaitu  “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam”.

Selain itu video tersebut memaparkan perbuatan mereka yang bercakap dengan orang yang beragama Islam sambil mendoakan “dengan nama Jesus yang sayangkan orang islam dan boleh menyembuhkan, sembuhkanlah penyakit sipolan.

Kemudian mereka juga meyakinkan Jesuslah yang memberi hidayah dan menyelamatkan hidup mereka.

”Ini jelas menunjukkan penyebaran akidah yang salah dan bertentangan dengan akidah Islam.

”Kita berharap orang ramai berwaspada kerana dibimbangi boleh tergelincir akidah jika tersilap iktikad ketika bercakap dengan mereka itu,” katanya.

Beliau juga berharap agar orang ramai akan lebih berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh

Sebelum ini, Majlis Agama Islam Selsngor (MAIS) pernah menasihatkan orang ramai dengan gerakan The Joshua Project iaitu gerakan mendakwah sedunia di bawah payung U.S. Center for World Mission.

Melalui gerakan ini mereka akan menghantar mubaligh-mubaligh kristian terutamanya wanita muda dari Amerika yang nampak bersopan santun dan mendekati masyarakat dengan sikap baik mereka. Kemudian mereka ini akan memasukkan agenda kristianisasi secara halus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat