Dampak Tik Tok

Tik Tok, aplikasi video pendek yang menjadi trend anak muda masa kini. Aplikasi ini merupakan yang paling banyak dimuat turun seluruh dunia.

Tidak dinafikan aplikasi Tik Tok merupakan medium komunikasi yang berkesan dan ‘popular’ buat anak muda.

Di China contohnya, Tik Tok digunakan sebagai aplikasi video untuk urusan perniagaan, sebaran teknologi dan maklumat, tips kehidupan atau ‘life hacks’, malah berfungsi sebagai medium pendidikan. Jika begitu niat KPT dalam memanfaatkan aplikasi ini, maka tidak menjadi masalah untuk disebar luaskan.

Namun, yang menjadi bantahan pelbagai pihak adalah kandungan ‘Tik Tok Contest’ yang dipromosikan sebelum ini tidak kena dengan budaya dan nilai kesopanan. Penyertaan yang dibuka untuk mereka yang berusia 18 hingga 26 tahun ini seolah-olah menggalakkan anak muda ber’gelek’ tanpa segan silu.

Saya berharap, pihak KPT mempertimbangkan semula cadangan ‘Tik Tok Contest’ dalam menarik minat anak muda menyertainya. Sungguhpun ia menjadi trend masa kini, seharusnya kaedah dan kandungan penggunaan aplikasi tersebut perlu diperhalusi.

Teknologi tidak boleh dihentikan. Manusia yang perlu pandai menginsankan teknologi agar bersesuaian dengan adab dan budaya bangsa.

Youtube juga dikhabarkan akan memperkenalkan ‘Shorts’, iaitu pesaing kepada Tik Tok. Pastinya, video pendek seperti Tik Tok ini akan menjadi cara komunikasi zaman milenial. Oleh itu, teknologi perlu dimanfaatkan dengan bijaksana untuk hal-hal yang positif dan yang baik.

Dr. Hjh. Nashrah Hani Jamadon
Ketua Biro Komunikasi dan Multimedia
ISMA Bangi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat