Beberapa minggu ini saya ditemukan dengan dua orang ibu. Mereka di wad menemani anak yang tidak sihat.
Hari ni kita ambil pengajaran dari kisah ibu A.Iibu hebat berjuang melawan perkara negatif dalam hidupnya.
Saya mula bertanya tentang sejarah sakit anak sehingga anak perlu ke hospital..
Mula bicara saya sudah dapat rasa sesuatu yang ibu ni pendam.
Dari bicaranya. Pandangan matanya dan mimik wajahnya.
Saya buat biasa dan periksa si anak. Saya lihat anak usia 6tahun pertuturannya seperti tahap 3tahun.
Ada sesuatu tidak kena.
Saya cuba berbual, ternampak kesan kelar di tangan ibu…
Lalu saya diam sebentar, langsir dikatil ditutup, saya duduk disisi katil dan bertanya.
“Puan ok? Ada apa-apa nak cerita pada saya”
Maka berjujuranlah air mata si ibu…..tersedu-sedu..
“saya ok, Doktor.”
Masih cuba menyembunyikan..
“Puan, mungkin ini satu-satunya peluang untuk puan dapatkan bantuan”
Maka terhamburlah segala keperitan jiwanya..
Tiada siapa mahu mendengar…
Ia sentiasa dibiarkan sendiri.
Pasangan sering sibuk. Kerja kadangkala tidak pulang ke rumah.
Bila dicerita, kata pasangan “alah jangan dilayan la perasaan tu”.
Juga tidak ambil peduli bila si ibu mahu berjumpa doktor.
Segalanya diurus sendiri. Semakin hari menjadi semakin stress. Kemudian rasa tidak mahu lagi bertemu sesiapa.
Hubungan keluarga juga semakin terputus satu persatu.
Lama kelamaan dia sering mendengar suara. Menyuruh dia mencederakan diri dan juga anaknya.
Maka untuk menyelamatkan si anak, dikunci anak dalam bilik agar tidak dicederakan..berapa lama ini berterusan, hanya dia yang tahu dengan pasti..
Akhirnya perkembangan dan emosi si anak terganggu kerana sering dikurung dan hampir tiada stimulasi.
======
Depression is real.
Yang bagusnya si ibu ini sedar dia alami depresi.
Malangnya orang sekeliling tidak ambil peduli.
Pasangan pula rasa ia hanya ketidakstabilan emosi.
=======
Ibu adalah nadi keluarga.
Banyak tanggungjawab digalas.
Pincang si ibu, pincanglah keluarga.
Ambil pedulilah, sokonglah dan bawa kepada yang arif merawatnya.
Jangan sekali-kali kita ada stigma kepada mereka. Sebab hidup inikan seperti roda.
Dr. Anayasmin Azmi
Doktor perubatan
Ahli I-Medik
Penulis buku kanak-kanak