Desak PRU Disegerakan, Bukti Ada Pemimpin Tamak Kuasa

PASIR PUTEH, 8 Jan- Desakan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada waktu kes harian Covid-19 mencecah angka tiga ribu adalah tidak.

Menurut Ketua Perhubungan Isma Kelantan, Ustaz Sharipudin Ab Kadir mereka yang mendesak adakan PRU pada waktu terdekat hanya tamakkan kuasa berselindung disebalik keadilan dan kuasa rakyat.

“Sedangkan suara rakyat sekarang memerlukan pertolongan kerajaan dan memulihkan ekonomi untuk kehidupan mereka.

“Dan rakyat jelas tidak mahu diadakan pru pada masa kesusahan sekarang,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya lagi desakan beberapa pemimpin parti politik yang mahukan pru diadakan sebab ada diantara mereka adalah bekas menteri yang tidak diberi jawatan dalam kerajaan sekarang.

“Mereka yang mendesak diadakan PRU adalah dari kalangan yang pernah jadi menteri dan ada dakwaan di mahkamah. Berselindung disebalik untuk membentuk kerajaan yang kuat tetapi apa yang tersirat ialah mereka kejar pangkat dan melepaskan diri dari perbicaraan di mahkamah,” katanya lagi. 

Beberapa hari lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar diadakan PRU pada masa terdekat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat