Di mana pelancong China dan India?

Bangi, 1 Mei – Kemasukan pelancong China dan India ke Malaysia dan tidak mempunyai rekod keluar menjadi tanda tanda sehingga sekarang.

Menurut Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pasir Puteh Ustaz Hj Sharipudin Bin Abdul Kadir perkara ini tidak boleh dipandang mudah.

“Isu ini jangan jangan pandang mudah, mereka datang dengan perancangan rapi dan teratur.

”Ada agensi di negara asal yang mengatur dan ada agensi di Malaysia yang melicinkan prosesnya,” katanya.

Ujarnya lagi tidak mustahil mereka akan tinggal bersama dengan warga Malaysia yang sama keturunan dengan mereka atau ada agensi agensi milik keturunan mereka yang menyusun dan mengatur penginapan mereka dan merancang untuk terus tinggal di Malaysia.

“Kalau mereka hidup secara gelandangan agak mudah untuk mengesan pada musim PKP Covid 19. Jika mereka terus tinggal di hotel- hotel atau resort atau lain lain penginapan rasmi masih lagi mudah untuk dikesani.

Tambahnya lagi pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti jenayah siber, perisik, tentera rahsia kerana identiti mereka tidak dikenapasti, malahan mereka bukan calang-calang orang kerana mampu menyewa penginapan mencecah RM 100 ribu semalam.

“Timbul tanda tanya kenapa tunggu sehingga ada Laporan Ketua Audit Negara sedangkan isu ini sudah bertahun-tahun.

“Sama dengan isu kad pengenalan palsu yang dikesan apabila pelancung wanita China ingin membuat pasport antarabangsa.

“Seolah olah orang mati dikatakan mati setelah sekian lama berada di dalam kubur. Kenapa mati. Jawapannya yang diberi ialah kerana dah lama dalam kubur,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat