Di manakah sifat malu sebagai seorang isteri?

Baru-baru ni tular satu video sepasang artis yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tanpa segan silu mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.

Dalam situasi ini, jelas pentingnya seorang muslimah menjaga iffah (menahan diri daripada perkara yang haram) dengan menjadikan sifat malu sebagai perisai diri.

Sifat malu adalah cabang daripada iman. Rasulullah bersabda: “Jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu.”

Sifat malu yang lahir daripada dalam diri akan mendorong kita untuk meninggalkan perkara-perkara yang mungkar dan mengaibkan.

Walaupun sudah halal, cukuplah disimpan kemesraan antara suami isteri itu sesama mereka sahaja. Dunia media sosial yang terbuka ini boleh menimbulkan fitnah dan kekeliruan buat generasi muda jika tidak dibendung.

Sebagai artis yang menjadi tumpuan masyarakat, seharusnya mereka mempamerkan contoh yang baik, bukan menjadikan gelaran sebagai tiket untuk mereka melakukan sesuka hati.

Justeru, sebagai seorang muslim hendaklah kita saling nasihat menasihati kepada kebaikan. Teguran ini bukanlah hanya ditujukan kepada artis berkenaan sahaja tetapi juga kita semua sebagai umat Islam yang memegang teguh prinsip dan syariat Ilahi.

 

Dr. Izzah Kamilah Mohd Tahir 
Ketua Wanita ISMA Cawangan Johor Bahru

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat