Eric Paulsen tidak layak wakil Malaysia dalam AICHR 

BANGI, 15 Jun – Perlantikan Eric Paulsen oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, sebagai mewakili Malaysia dalam  Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021 mendapat bantahan ramai pihak.

Antaranya Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, yang berpendapat Eric Paulsen tidak layak kerana sikapnya yang sering mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati umat Islam di Malaysia.

“Kita semua dikejutkan dengan pemilihan Eric Paulsen sebagai calon yang terpilih kerana rekod beliau yang mengguris hati umat Islam di Malaysia antaranya tuduhan bahawa JAKIM mempromosi ekstremisma pada setiap hari Jumaat,” ujarnya.

 Pada masa yang sama Dr. Rafidah menggesa Saifuddin Abdullah untuk mencari calon yang sama layak atau jauh lebih layak dari Eric Paulsen, terutama mereka  yang tidak menyentuh sensitiviti umat Islam antaranya Prof Madya Dr Rohaida Nordin

“Sebelum ini saya dan ramai sahabat ketika itu mencadangkan Prof Madya Dr Rohaida Nordin berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang hak asasi di Asean dan juga di peringkat antarabangsa,” katanya.

Pengarah Undang-Undang Fortify Liberty itu juga dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM). 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat