Exco Selangor Nak Lindung Kilang Haram?

Tindakan Exco Selangor memberi tempoh operasi kepada kilang haram seolah-olah melindungi kegiatan kilang haram tersebut.

Sepatutnya Exco perlu bertindak tegas dengan mengambil tindakan menyita kilang tersebut sehinggalah segala prosedur dan syarat telah dipenuhi. Bukannya memberi peluang setelah gagal mematuhi syarat untuk beroperasi tetapi terus mengaut keuntungan dengan operasi haram.

Bahkan dari kilang-kilang haram inilah berlakunya pencemaran air kerana membuang sisa toksik tanpa mematuhi syarat dan prosedur sepatutnya. Demi menjaga segelintir tokey kilang yang boleh menyebabkan pencemaran, seluruh rakyat negeri Selangor terpaksa mengalami penderitaan hidup tanpa bekalan air.

Persoalannya kenapa exco Selangor terlalu takut dan bacul untuk ambil tindakan tegas terhadap kilang haram? Adakah sedang melindungi sesetengah pihak untuk kepentingan tertentu? Adakah exco sanggup membiarkan rakyat Selangor menderita hidup tanpa air sehingga kilang haram ini disita?

Inilah persoalan yang perlu diperjelaskan oleh kerajaan Selangor.

 

Ustaz Ibrahim Mohd Hasan

Pemangku YDP Isma SepangĀ 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat