Apa yang berlaku kini bukan sahaja mengejutkan ahli-ahli kabinet malah rakyat Malaysia dan media luar negara turut menumpu perhatian terhadap politik negara.
Perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdanan Menteri ke-7 disusuli dengan pemecatan Azmin Ali dan Zuraida dari PKR dan beberapa parti yang keluar dari Pakatan Harapan dilihat seolah-olah sudah dirancang dan disusun dengan baik pada waktunya.
Mereka yang dahulunya hidung tinggi dan mahukan Tun Mahathir mengundur diri kini merayu untuk kembali semula menjawat jawatan Perdana Menteri. Apa sudah jadi? Di sini kita boleh kenal mereka sama ada berpendirian dengan agenda politik ataupun mengejar kepentingan diri dan kedudukan dalam politik.
Rakyat sememangnya mahukan perubahan segera oleh kerajaan tanpa menunggu pilihanraya seterusnya melihatkan senario politik yang berlaku, telah banyak mengguris hati rakyat khususnya agama Islam dan bangsa Melayu.
Setelah diberi peluang hampir dua tahun memerintah, mereka gagal menghayati dasar-dasar nasional, mengamalkan politik matang dan bersikap adil dalam undang-undang. Mereka yang berkuasa mendominasi kerajaan menggunakan kesempatan dengan mengaut kepentingan untuk diri dan bangsa mereka.
Walaupun Tun Dr Mahathir dilantik semula menjadi Perdana Menteri buat sementara waktu namun, rakyat masih tertanya-tanya siapakah pemimpin mereka seterusnya.
Pengajaran besar yang perlu diambil, dominasi kuasa perlu berada di tangan orang Melayu Islam dan pemimpin seterusnya mesti berwibawa kerana rakyat sudah muak dengan mereka yang korupsi dan terlibat dengan sebarang bentuk jenayah.
Yusre Zulhamize Zainuddin
Biro Komunikasi, Korporat dan Multimedia
ISMA Bangi