Begitu bersungguh puak Kristian ingin menggunakan kalimah Allah. Adakah mereka beriman dengan Allah yang Maha Esa atau mereka menghina Islam keseluruhannya. Konsep trinity tidak memungkinkan untuk mereka beriman dengan Keesaan Allah bahkan konsep itu sebenarnya telah menyesatkan mereka.
Mereka begitu ghairah untuk guna kalimah Allah merupakan strategi sulit dan licik untuk merungkaikan sedikit demi secara tersusun idea menolak konsep tauhid keEsaan Allah yang menjadi pegangan asas aqidah umat Islam. Bila mereka dapat gabungkan antara kalimah Allah dengan konsep trinity lama kelamaan, orang Islam akan merasakan Islam dan Kristian adalah satu agama yang boleh saling sembah menyembah kononnya tidak salah untuk orang Islam menyembah salib tetapi penganut Kristian akan kekal dengan cara mereka kerana strategi mereka adalah agenda kristianisasi yang telah berjalan berkurun kurun lamanya.
Amat pelik jika ada kumpulan orang Islam yang menyokong tuntutan ini kerana merasakan kristian telah menerima Allah sebagai Tuhan. Sangka baik kumpulan ini amat jauh dari memahami tipu daya musuh musuh Islam. Kumpulan naif yang begitu mudah menyerah dan terperangkap dengan agenda licik musuh Islam.
Mereka menyangka bahawa dakwah dengan rahmah yang mereka bawa telah berjaya mengubah pegangan penganut Kristian untuk mengenali Allah. Alangkah dangkalnya akal mereka ketika berdepan dengan agenda licik musuh. Hakikatnya sangkaan ini menggambarkan kelemahan mereka menguasai sejarah pertembungan antara Islam dan Kristian yang telah melalui siri jihad berkurun kurun lamanya sehingga kejatuhan Khilafah Othmaniah.
Musuh Islam tidak cukup dengan kejatuhan Khilafah Othmaniah sahaja. Agenda mereka lebih besar ialah Islam terhapus dari mukabumi ini melalui peperangan secara fizial dan menghapuskan pegangan konsep tauhid atau aqidah umat Islam melalui jarum jarum halus serangan pemikiran yang merungkai aqidah penganut Islam.
Umat Islam harus melihat secara sedar agenda kristianisasi yang berlaku sekarang ini. Kristian sekali kali tidak akan menerima keesaan Allah sebagaimana pegangan kukuh penganut Islam kerana ianya bercanggah dengan konsep trinity mereka.
Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
Ketua Perhubungan Isma Negeri Kelantan