Setelah rakyat dan negara melalui alunan ombak dan badai buat sekian lamanya, maka saya sebagai rakyat marhein dan ramai lagi berharap bahawa detik ini adalah permulaan kepada kebangkitan semula dari fasa krisis demi krisis yang panjang dalam politik negara.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Muhyuddin Yassin atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.
Semoga Allah anugerahi pemimpin negara ini dengan hidayah dan kekuatan dariNya.
Harapan saya adalah :
1-Barisan pemimpin yang terpilih adalah di kalangan mereka yang bersih, amanah dan kompeten.
2-Keutamaan kepada keperluan rakyat didahulukan di antaranya kos sara hidup, pembangunan ekonomi, kesihatan dan pendidikan.
3-Penyediaan pemimpin pelapis harus disiapkan secara terancang dan pembinaan generasi muda harapan negara harus dijadijan keutamaan.
4-Bebaskan badan kehakiman daripada belenggu ahli politik. Kes berprofil tinggi mesti diselesaikan seberapa segera, begit
Sekian, dari rakyat marhein Malaysia,
Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden Isma
2 Mac 2020