1. Kepada majikan dan pemilik syarikat, sediakan petugas bukan Muslim untuk mengendalikan arak dan barangan yang tidak halal. Selain itu, pengurus juga perlu menyediakan di premis tersebut kaunter yang berlainan dan tempat menyimpan barangan yang tidak halal berbeza dari barangan lain.
2. Kepada pekerja Muslim, usaha anda murni untuk mencari rezeki. Anda perlu tahu tentang hak anda sebagai pekerja mestilah tidak bertentangan dengan syarak dan undang-undang negara. Beranilah bersuara dengan baik kepada majikan untuk tidak mahu mengendalikan arak. Perbuatan membenarkan transaksi arak yang dilakukan merupakan suatu jenayah dan boleh dipenjara 3 tahun atau denda RM5000. Bahkan, ia suatu perbuatan yang dilaknat.
3. Sebagai umat Islam di negara Islam ini kita perlu bersatu dalam menangani isu arak. Sekiranya melihat arak dikendalikan oleh pekerja Muslim seperti mengangkat dan menyusun arak di rak, atau ditekan oleh pembeli supaya transaksi niaga diteruskan, bersegeralah menasihati mereka. Jangan dinormalisasikan keadaan tersebut.
4. Kepada pihak berkuasa, sekiranya anda serius menangani masalah arak ini, sekatlah arak dari puncanya dengan menutup kilang-kilang arak. Laksanakanlah tanggungjawab anda. Jika anda terus diamkan diri, bersedialah untuk jawab di akhirat nanti.
Yusra Noor,
Pegawai Dakwah ISMA Bangi