1) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah HERO saya dan HERO seluruh rakyat Malaysia
2) Siapa yang hina HERO kami, bermakna dia menghina seluruh rakyat negara
3) Ia juga bermakna dia menghina seluruh warga KKM yang telah amat keletihan, barisan frontliners yang bersabung nyawa dan berkorban habis-habisan demi menyelamatkan negara dari pandemik Covid-19
4) Ahli politik yang melemparkan tuduhan kononnya bersuara bagi pihak frontliner adalah PENIPU. HERO kami ini adalah frontliner yang sebenar dan semua frontliners negara berdiri teguh di belakang beliau
5) HERO kami ini adalah pakar dalam bidangnya, juga pentadbir awam yang berkredibiliti tinggi dengan semangat juang yang luar biasa. Beliau sangat berintegriti tinggi
6) Walaupun ditohmah dalam Dewan Rakyat tanpa mampu membela diri, beliau kemudiannya menjawab dengan tenang dan penuh professional. Tidak ada sedikitpun marah, tidak langsung hilang arah
7) Ahli politik penipu yang tak professional langsung itu harus rasa malu dan tiada harga diri, pentingkan diri serta hilang integriti
8) HERO kami tak takut mati. Kami juga tak takut mati untuk mempertahankan kebenaran ini!
Ir. Ts. Lukman Al Hakim
JKP Ikatan Muslimin Malaysia
12 November 2020