Ini kisah benar.
Seorang pesakit saya baru diusia 33 tahun. Seorang wanita. Masalah mental yang sangat kritikal. Berjumpa dengan pakar/psychiatrist sebulan 2 kali sudah hampir 6 tahun.
Bila saya kaji balik sejarah hidup dia untuk cuba fahami, baru saya dapat tahu punca masalah sebenarnya.
Dia dibesarkan oleh seorang ibu yang punyai masalah ketagihan arak atau alkohol yang sangat dasyat.
Ibubapa bercerai ketika usianya dua tahun. Dia dibesarkan oleh ibunya.
Pada usia empat tahun dia pernah di “siram” dengan air panas oleh ibunya, ketika itu ibunya dalam keadaan mabuk. Kerap kali dipukul oleh ibunya, juga ketika dalam mabuk.
Dia tak dapat fokus pada pelajaran dan hidupnya tiada arah tuju.
Pada usia 18 tahun, dia lari daripada rumah untuk tinggal bersama bapanya di Australia. Ibunya tinggal di New Zealand.
Walaupun dia dah punyai kehidupan baru, tapi kehidupannya dah “rosak teruk”.
Apa yang berlaku pada si gadis ini bukan salah ibunya. Naluri seorang ibu tu amat suci. Kalau bukan kerana arak atau alkohol yang telah merosakkan nilai-nilai murni seorang ibu, saya rasa masa depan gadis ini mungkin lebih cerah. Saya amat kesian padanya dan ingin sangat membantu, tapi apakan daya, “the damage is done”.
Saya pernah tulis sebelum ini pasal pengharaman arak (total wipe-off) di Malaysia dan kesan buruknya di sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2494900950727970&id=100006242680206
Kenapa saya sangat anti dengan arak atau alkohol? Sebab saya dah lihat terlalu banyak masalah dan kesan buruk; kematian, kerosakkan, masalah rumah tangga, masalah kesihatan sebagainya. Lebih kesian bila ada insan lain yang tidak bersalah juga hancur kerana arak, seperti gadis ini.
Saya tak nak masalah yang sama timbul di Malaysia. Saya juga rasa masalah ini boleh kita hindari sekiranya arak diharamkan terus (buat, jual, minum) di Malaysia, dan saya tahu kerajaan boleh buat akta ni, nak tak nak je.
Saya rasa mungkin suara saya seorang sahaja tak mencukupi.
Saya nak mohon semua rakan-rakan FB yang prihatin, supaya kita sama-sama menaikkan isu pengharaman arak di Malaysia supaya tiada lagi masalah langgar maut kerana mabuk, kemalangan maut dan sebagainya kerana arak. Tak mustahil juga satu hari ahli keluarga atau kita sendiri mungkin kena langgar oleh orang mabuk.
Lets put a STOP before too late.
Sekian.
Dr Shaiful Aizad.
Ahli Isma Australia
*Kisah ini dipetik daripada FB Dr Shaiful Aizad