oleh Habsah Abdul Shaer, BKOM PD
Port Dickson, 8 Sept – Program Usrah Wanita Isma cawangan Port Dickson pada tahun ini diteruskan lagi setelah hampir lima bulan terhenti seketika kerana perintah kawalan pergerakan (PKP). Pada kali ini, program dijalankan secara norma baharu dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Ustazah Hayati Mohd Zari menyentuh tentang erti sebenar hijrah dan kemerdekaan jiwa sempena awal Muharram dan bulan kemerdekaan.
“Setiap jiwa di dunia ini pasti melalui penghijrahan bermula dari alam Rahim, berhijrah ke alam dunia, seterusnya ke alam barzakh dan akhirnya ke alam akhirat. Penghijrahan dari satu alam ke alam yang lain memerlukan bekalan amalan kebaikan kerana alam baru yang kita hijrah akan lebih besar ujiannya dari alam sebelumnya,” jelas ustazah hayati memulakan tazkirahnya.
Ustazah Hayati menegaskan betapa pentingnya kita memahami konsep hijrah dan kemerdekaan yang sebenar. Hijrah dalam bulan kemerdekaan pada tahun ini menyedarkan kita sebagai umat Islam supaya mencari mana punca-punca kekuatan yang ada pada kita.
Angkat semula pejuang-pejuang Melayu Islam seperti Dato Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya untuk kita angkat semula martabat bangsa melayu. Kita perlu sedarkan semula masyarakat supaya mempertahankan kedaulatan negara seperti mana terkandung di dalam Rukun Negara.
“Peristiwa hijrah boleh membangkitkan kesedaran umat islam supaya bebas dari belenggu perhambaan. Hamba kepada dunia, kepada nafsu dan juga hamba kepada penjajahan.
“63 tahun merdeka kita hanya pada zahir sahaja kerana kita masih lagi menjadi hamba kepada sistem penjajah. kita masih dibelenggu dengan penjajahan barat.
“British meninggalkan Malaysia dengan agenda merosakkan bangsa Melayu walaupun memberikan kemerdekaan kepada negara kita.
“Hakikatnya kita masih terikat dengan sistem penjajahan hingga kini dan Ini menyukarkan umat Islam dan bangsa melayu khasnya untuk berhijrah kepada asal usul kita yg sebenar dan mengikut sahaja sistem yg telah dicaturkan oleh barat,” jelas ustazah Hayati lagi.
“Negara ini akan terus berkembang dalam zaman yang berubah dan mencabar. Kitalah yang akan menyediakan acuan untuk generasi akan datang. Maka sediakanlah acuan yang betul supaya generasi akan datang tidak tersasar dari makna sebenar hijrah dan kemerdekaan,” kata ustazah Hayati mengakhiri tazkirahnya.
Program ini turut dihadiri oleh Ketua Wanita Isma Port Dickson, Puan Kamaliah Abdul Hamid