Hikmah peristiwa agung Israa’ Mikraj

Umum mengetahui bahawa peristiwa besar dalam bulan rejab ialah Israa’ dan Mikraj iaitu perjalanan Rasulullah bertemu Allah azawajalla yang bermula di Masjidil HaramĀ  menuju ke Masjidil Aqsa dan naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha.

Hikmah di sebalik peristiwa agung ini adalah;
1. Allah s.w.t mahu memperlihatkan kepada hambaNya sebahagian daripada kekuasaannya.

2. Majoriti ulamak berpegang bahawa ini adalah perjalanan roh beserta jasad.

3. Baginda berpeluang menyaksikan hakikat agama dan dunia, balasan pahala dan dosa.

4. Masjid Aqsa dipilih sebagai destinasi israa’ Rasulullah kerana ia merupakan tempat lahirnya para nabi terdahulu. Walaupun Rasulullah Nabi berbangsa arab tetapi tetap mewarisi ajaran nabi-nabi terdahulu.

4. Memberi keyakinan kepada Rasulullah dalam berhadapan dengan kafir quraisy sebagaimana Allah menunjukkan kekuasaannya semasa Nabi Musa berhadapan dengan Firaun.

5. Kejadian luar biasa yang berlaku dalam sejarah hidup para Rasul adalah untuk memaksa umat Islam berpuas hati tentang kebenaran dakwaan kenabian mereka

6. Kejadian luar biasa berlaku dalam kehidupan Rasulullah S.a.w adalah satu penghormatan untuk baginda

Moga kita sentiasa mengambil pengajaran dari peristiwa israk dan mikraj agar kita lebih bertakwa.

Oleh

Ustaz Abu Bakar Abdul Rahman,

aktivis Isma Port Dickson

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat