BANGI, 29 Mac – Setakat ini Negeri Sembilan dan Melaka telah menetapkan yang tiada bazar Ramadan tahun ini, manakala Kelantan masih lagi dalam pertimbangan berikutan kerisauan mengenai jangkitan virus COVID-19.
Menurut Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Dr. Azizi Ayob, penganjuran bazar Ramadan tahun ini haruslah dipertimbangkan, memandangkan kebarangkalian tinggi untuk kes jangkitan virus COVID-19 ini meningkat lagi dan mungkin berpanjangan.
”Sekiranya keadaan semasa wabak COVID19 masih berada pada tahap yang tinggi dan berpanjangan atau kemungkinan wabak akan berterusan sehingga bulan Ramadan, ada lah sangat sesuai tiada bazar Ramadan pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi.
Setakat hari ini, jumlah kes keseluruhan sebanyak 2470 dan 33 kematian.