Isma Eropah kumpul dana bantu keluarga stateless Sabah

Oleh Ahmad Adli Bin Adnan

NORTH WALES, 4 Jun 2020 – Sebanyak RM 9,636 telah berjaya dikumpul oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Eropah pada bulan Ramadan tahun ini menerusi Program Infaq Ramadan Isma Eropah.

Sumbangan ini telah memberi manfaat kepada 550 buah keluarga yang tidak mempunyai kewarganegaraan yang sah (stateless) dan  miskin di Semporna, Sabah melalui wakilnya iaitu Hassan Unus.

Daripada kutipan tersebut setiap keluarga diberikan barangan asasi seperti beras, telur dan lampin bayi.

Program yang pertama kali diadakan oleh Isma Eropah ini melibatkan penyumbang rakyat Malaysia dan aktivis Isma sendiri yang tinggal di United Kingdom, Ireland, Belanda dan Jerman.

Menurut Pengerusi Isma UK-Eire, Talhah Kamarol Zaman kempen yang hanya dijalankan melalui paltform atas talian seperti facebook ini mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana melebihi sasaran yang sepatutnya.

“Melalui kempen di media sosial sumbangan yang terkumpul adalah 81.2% lebih daripada jumlah sasaran asal iaitu sebanyak RM 5,000, katanya.

Tambahnya, Thalhah sangat bersyukur kerana pada bulan yang mulia ini Isma Eropah berjaya membantu golongan asnaf yang memerlukan bantuan keperluan asas di tanah air.

“Kami di Isma Eropah sentiasa berpesan agar meletakkan matlamat hidup untuk terus berbakti kepada masyarakat dan tidak lupa akan asal usul walaupun jauh berada di luar negara,” tambahnya lagi.

Hassan Unus (kanan) yang menguruskan bantuan dari Isma Eropah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat