Oleh : Nurul Sakinah binti Hassan
JOHOR BAHRU, 25 Ogos – Program Siri Induksi dengan tema Bersama ISMA Membangun Umat Beragenda di bawah selia Setiausaha Cawangan, En Mohd Khairul Bin Ahmad Nordin telah bermula pada 24 Ogos 2020 dan akan diteruskan secara berkala selepas ini.
Tema ‘Bersama ISMA Membangun Umat Beragenda’ ini dipilih untuk digunakan dalam Siri induksi yang pertama ini bertepatan dengan agenda yang dibawa oleh ISMA.
Program ini telah dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor Bahru sendiri iaitu Ustaz Wan Mohd Azli Bin Wan Ahmad.
Ujar beliau, “Siri Induksi ini memberi ruang kepada ahli baru ISMA untuk mengenali ISMA dengan lebih rapat. Kita berharap program ini dapat membina hubungan sesama ahli baru dengan kepimpinan ISMA serta ahli ISMA yang lain.” Telah berkata Program yang berlangsung selama 1 jam lebih ini juga telah membuka peluang kepada para peserta untuk bertanya soalan mengenai ISMA.”
Bercerita lanjut tentang Siri Induksi ini, program akan diteruskan kelak dengan tema- tema yang lebih menarik.
Induksi pertama semalam telah berjalan dengan jayanya secara maya melalui aplikasi google meet.