Isma Johor Sambut Baik Pelan Induk Johor Sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa

Kita menyokong Pelan Induk Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2021-2025 yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 8 Oktober 2020 yang lalu. Ini sememangnya sesuatu usaha yang sangat baik dalam memperkasa warisan tamadun Melayu.

Melihat kepada Pelan Induk ini yang berpaksikan kepada sembilan (9) teras utama, ianya akan menjadi pencetus kepada generasi akan datang untuk meneruskan dan memperkasakan lagi tamadun Melayu khususnya di Negeri Johor

Usaha pemerkasaan warisan tamadun Melayu ini selaras dengan hasrat Isma ketika mana mengetengahkan slogan Menebus Kedaulatan Menjulang Peradaban dalam kesinambungan perjuangan Isma.

Sebagai contoh, teras ke-7 dalam Pelan ini adalah Pendidikan dan Pengislahan Awam dilihat sebagai teras yang menonjol dalam tamadun Johor khususnya pendidikan berasaskan Islam.

Jika kita melihat kepada sejarah pendidikan di Johor, ianya bermula pada tahun 1918 dengan tertubuhnya Sekolah Al-Quran atas titah Almarhum Sultan Abu Bakar pada ketika itu.

Sekolah tersebut telah berkembang dengan pesat sehingga tertubuhnya Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) pada tahun 1999 yang mendapat sambutan hebat dari rakyat Johor.

Sehingga kini Sekolah Agama kerajaan negeri Johor mempunyai seramai 580,000 pelajar dan 50,000 orang tenaga pengajar dan itu merupakan kekuatan yang ada pada negeri Johor.

Kita mengharapkan Pelan Induk ini dapat dijayakan dan Isma Johor bersedia memainkan peranannya sebagai rakan sinergi dalam membantu keberhasilan pelan tersebut.

 

Tn. Hj. Mohd Tahir Bin Hamdan
Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Negeri Johor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat