Oleh: Hawa Mahmood
KEMAMAN, 15 April – Yang Dipertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman, Ustaz Mohd Zulkifli Bin Ibrahim, telah membuat serahan Projek Sumbangan Covid-19 berbentuk Air Cooler dan Mask N95 masing-masing ke Hospital Kemaman dan Klinik Kesihatan Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Jumlah sumbangan adalah RM2000.
“Projek Sumbangan Covid-19 Frontliners ini adalah cetusan idea ahli ISMA Kemaman bagi mengajak ahli ISMA Kemaman dan juga masyarakat untuk memainkan peranan dalam memberikan sedikit sumbangan bagi menghargai petugas barisan hadapan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang kerana dalam masa dua hari sahaja, kutipan telah mencukupi” kata Ustaz Mohd Zulkifli.
Air Cooler yang dibeli diserahkan kepada Timbalan Pengarah Hospital Besar Kemaman yang diberikan adalah berdasarkan keperluan semasa.
“Pihak ISMA Kemaman sentiasa berhubung dengan wakil hospital untuk mendapatkan sebarang maklumat tentang keperluan mereka”, ujarnya lagi.
Ustaz Zulkifli seterusnya ke Klinik Kesihatan Bandar Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) bagi menyerahkan sumbangan 100 keping mask N95.
“Pihak kami berasa bersyukur di atas sumbangan ini, kerana sekarang kami kekurangan bekalan mask N95 di pusat kuarantin,” ujar Dr. Nor Ruzaini Sulaiman, pegawai kesihatan di Klinik Kesihatan AMBS.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang memberi kepercayaan kepada ISMA Kemaman bagi menjadi orang tengah bagi menggalas amanah ini.
Sementara itu Ustaz Mohd Zulkifli berkata, mereka akan terus berhubung dengan pihak hospital agar dapat terus membantu kelompok frontliner.