Isma Kuantan serah sumbangan COVID-19 kepada petugas kesihatan HTAA

KUANTAN, 1 Apr. – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan telah menyampaikan sumbangan kepada para petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang merupakan barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19 khususnya di daerah Kuantan.

Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Kuantan, Dr Norbaiyah Mohamed Bakrim berkata usaha yang dilakukan ini adalah salah satu manifestasi dalam memberikan penghargaan atas komitmen dan pengorbanan yang sedang mereka lakukan pada ketika ini.

“Antara yang kita telah sampaikan adalah set makanan tengah hari dan makanan ringan yang akan diagihkan kepada para petugas kesihatan di HTAA ini.

“Bantuan ini juga adalah antara yang dirancang untuk digerakkan bersempena dengan penularan wabak virus ini sehingga tamat tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Sumbangan telah disampaikan kepada Pegawai Perhubungan (PRO) HTAA, Puan Radhiah yang akan mengagihkan semua sumbangan yang diterima ke wad-wad berkaitan di hospital.

Puan Radiah ketika ditemui menyatakan penghargaannya kepada pihak Isma serta memaklumkan bahawa pihak HTAA sentiasa mengalukan-alukan sebarang bentuk sumbangan yang ingin diberikan kepada para petugas perubatan.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan mengenai penyediaan dan penyerahan sumbangan perlulah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Isma Kuantan melalui Tabung Bencana Covid-19 selepas ini akan mensasarkan lebih banyak bantuan dengan memberikan fokus kepada golongan yang lebih memerlukan di samping bantuan kepada barisan hadapan yang menangani wabak COVID-19.

Kepada mereka yang berhasrat untuk menyumbang, boleh salurkan sumbangan dana ke akaun tertera:

Maybank Isma Kuantan: 556093222786                                                                                                           

Rujukan: COVID-19                                                                                                                                             

WhatsApp Slip sumbangan ke: Dr Baiyah (013-6730407) / Dr Afzal (013-6320407)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat