Isma Melaka Konsisten Bantu Masyarakat Setempat

JASIN, 25 Ogos – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka Tengah menyasarkan sekurang-kurangnya 5 keluarga setiap bulan dapat dibantu menerusi program ‘Ziarah Kasih Ummah’ yang diadakan bermula tahun ini.

Program yang dianjurkan menerusi Biro Islamiyat cawangan ini bergerak dengan menerima kutipan sumbangan daripada orang ramai berbentuk wang tunai, lantas diagihkan sumbangan tersebut kepada keluarga asnaf yang memerlukan.

Ketua Syukbah Isma Jasin, Dr Ammar Bin Abdul Hamid berkata, sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban ditanggung mereka di samping menyuntik semangat persaudaraan Islam sesama muslim.

Menerusi program ini, orang ramai dialu-alukan menghulurkan sumbangan tunai kepada akaun Maybank pertubuhan ISMA Melaka Tengah (5541 29101743) seperti dalam iklan yang kami siarkan di facebook kami.

“Kesemua sumbangan ini kemudiannya akan disalurkan kepada keluarga memerlukan yang dipilih menerusi masjid-masjid berhampiran atau yang dicadangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya pada ucapan pembukaan selepas solat Isyak di Masjid Ayer Merbau, semalam.

Sementara itu, Naib Yang DiPertua (NYDP) Isma Melaka Tengah, Cikgu Alif Bin Abd Rahman berkata, selain sumbangan barangan bernilai RM50, setiap keluarga juga akan memperolehi sumbangan wang tunai RM50.

Terima kasih kepada penyumbang. Moga Allah terus menggandakan rezeki kalian. Pautan fb isma, sila layari https://www.facebook.com/ismamelaka

Sorotan bergambar Ziarah Kasih Ummah siri-2/2020

Lokasi : Kg. Ayer Merbau, Jasin
Sasaran : 5 keluarga Asnaf
Urusetia : Ahli ISMA syukbah Jasin & AJK Masjid Al-Marbawi, Kg. Ayer Merbau

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat