Isma Melaka serah 16 Ribu Tandatangan Rakyat Malaysia Sokong Kembalikan Nama Asal Bukit Melaka Kepada PERZIM

MELAKA, 17 OGOS – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka menyerahkan 16,388 ribu tandatangan rakyat Malaysia sokong tukar nama Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka, kepada Drs. Mohd Nasruddin Bin Rahman, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) di Kompleks Warisan Melaka pagi ini.

Dokumen setebal 190 muka surat itu adalah untuk menyokong cadangan PERZIM untuk mengembalikan nilai sejarah bukit berkenaan yang pada awalnya milik kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Penyerahan itu diketuai Ketua Perhubungan Negeri (KPN) Isma Melaka,Ustaz Ir. Hj. Mohd Khoushaini Mohd Naim dan Yang Di Pertua (YDP) Isma Melaka Tengah, Dr. Khair Razlan Bin Othman jam 11 pagi tadi.

Ustaz Ir. Hj. Mohd Khoushaini Mohd Naim yang juga merupakan Ketua Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Negeri yang mewakili suara 40 NGO di Melaka berkata, tandatangan ini adalah sebagai bukti bahawa rakyat Malaysia bersama-sama mahu mengembalikan nama itu kepada pemilik asalnya iaitu kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Dalam pada itu tambahnya, kerajaan negeri Melaka perlu melihat perkara ini secara positif. Apabila kita positif dan berpegang pada sejarah tanpa dijadikan isu politik, kaum dan agama, kita pasti akan bersetuju untuk mengembalikan nama Bukit Melaka ini.

Dokumen yang diserahkan hari ini adalah mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang mahukan penukaran nama tersebut dilaksanakan sekaligus menyokong kertas kerja PERZIM untuk menukar nama berkenaan sebelum dibawa ke peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) untuk diluluskan.

Petisyen tandatangan atas talian di laman http://chng.it/dRfgr588 yang dilancarkan pada 19 Julai yang lepas masih diteruskan sehingga ke hari ini supaya rakyat Malaysia terus menyatakan sokongan kepada usaha yang murni ini. Petisyen ini juga selaras dengan slogan kempen Pemuda Isma sempena bulan kemerdekaan 2020 iaitu “ Tukar Nama Asal, Hapus Jejak Penjajah“. Slogan ini lahir daripada kesedaran untuk mengembalikan jati diri negara Malaysia yang berteraskan Melayu dan Islam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat