Isma Seberang Perai Utara kempen derma darah

Oleh Fareez Abdullah

GEORGETOWN, 31 Mac – DenganĀ  slogan “Demi Anda Kami Derma”, aktivis Pemuda ISMA Pulau Pinang dan ISMA Syukbah Tanjung mengambil inisiatif untuk menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan dan menampung kekurangan bekalan tabung darah di Hospital Pulau Pinang.

Menurut Ketua ISMA Syukbah Tanjung, Muhammad Farid Umar Farouk, ahli ISMA dan masyarakat digalakkan menderma darah di hospital terdekat sebagai inisiatif menyumbang kepada pihak Hospital bagi menampung keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau juga menasihati penderma darah untuk sentiasa meningkatkan penjagaan kesihatan diri sebelum datang menderma darah dan juga mengamalkan jarakan sosial sepanjang PKP.

Selain itu, menurut aktivis I-Medik Pulau Pinang yang juga merupakan Pegawai Perubatan Hospital Pulau.Pinang, Dr. Mohd Fakruddin Puaad berkata Hospital Pulau Pinang sangat menggalakkan penderma darah datang menderma darah supaya bekalan mencukupi dan disarankan berhubung terus dengan unit Tabung Bekalan Darah Hospital Pulau Pinang.

Bagi memudahkan perjalanan, penderma darah dinasihatkan membawa buku merah untuk rujukan pihak berkuasa sekiranya ada Sekatan Jalanraya (SJR). Manakala bagi penderma darah yang tiada buku merah atau pertama kali menderma darah, perlu melengkapkan slip perjalanan sebelum datang ke Hospital.

Hari Derma Darah Sedunia telah diisytiharkan pada 14 Jun setiap tahun oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menderma darah bagi golongan yang memerlukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat