SANDAKAN, 7 Julai – ISMA Cawangan Sandakan telah dipilih sebagai penerima Anugerah Jamiatul Khairiah (NGO Islam) sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H / 2026M Peringkat Daerah Sandakan.
Anugerah tersebut telah diterima oleh Yang Dipertua ISMA Cawangan Sandakan, Ustaz Muhammad Nur bin Selamit, sebagai wakil organisasi.
“Terima kasih kepada seluruh ahli ISMA Cawangan Sandakan atas komitmen, pengorbanan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan usaha-usaha dakwah, kebajikan dan pembangunan masyarakat.
“Pengiktirafan ini merupakan satu amanah dan dorongan untuk terus memperkukuh peranan ISMA dalam membina ummah yang berakhlak, berilmu dan berdaya saing berteraskan nilai-nilai Islam,” katanya selepas majlis penyampaian anugerah.
Semoga setiap usaha yang dilaksanakan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT, serta menjadi pemangkin untuk terus melangkah dengan penuh keikhlasan, istiqamah dan kesungguhan dalam menyebarkan risalah Islam serta berbakti kepada masyarakat.


