Oleh : Kaslawati Binti Kassim
SEREMBAN – 4 April, Sebanyak 400 kilogram ikan tamban telah berjaya diagihkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia Isma Seremban dengan kerjasama Masjid Kariah Ibnu Khaldun pagi tadi.
Ikan-ikan ini telah disumbangkan oleh Master Halal KHT, sebuah syarikat pembekal ikan di Rembau.
Agihan ikan dan barang-barang keperluan harian ini telah dilakukan di Rumah Makan Che Ta, Lavender Heights di sini.
“Isma akan terus komited untuk menyalurkan sumbangan dan bantuan dari masyarakat kepada masyarakat yang memerlukan. Sumbangan berterusan daripada masyarakat amatlah dialu-alukan,” ujar Tn Hj Norhelmi Jamil, YDP Isma Seremban.
Turut menjayakan usaha agihan ikan ini adalah Tuan Hj Zaim Shaari, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Ikhlas.
“Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutamanya kepada pihak penyumbang, Tuan Hj Md Asna Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun dan barisan ajknya atas segala usaha dan kerjasama yang sangat baik ini,” ujarnya lagi.
Di samping itu juga, ikan-ikan ini turut diagihkan kepada wakil ahli jawatankuasa penduduk di Flat Taman Cengal Utama, Flat Paroi dan kawasan sekitar.