Oleh : Kaslawati Binti Kassim
SEREMBAN, 17 Mei – Serahan bantuan Bakul Kasih Ramadan (BKR) Ikatan Muslimin Malaysia Isma Seremban dengan kerjasama Yaysan Ikhlas kepada lima belas keluarga yang memerlukan di sekitar Kg Mendum, Lenggeng telah berlangsung hari ini.
Majlis serahan sumbangan ini telah berjalan lancar hasil kerjasama dengan Jawantankuasa Masjid Kg Mendum.
Naib Presiden Isma, Professor Dr Zainurrashid Zainuddin diiringi oleh Cikgu Al-Hafiz Salleh yang merupakan guru di satu-satunya sekolah menengah di kawasan itu telah menjayakan serahan bantuan dari rumah ke rumah pagi tadi.
Menariknya, serahan di setiap rumah pagi tadi turut disertai oleh Pengerusi Masjid Kg Mendum dan ajk masjid itu sendiri.
“Terima kasih kepada Tuan Haji Baharudin dan barisan AJK Masjid termasuk Puan Noraini Baharon yang membantu membawa wakil-wakil kami ke rumah-rumah penerima menyebabkan urusan penyampaian bantuan kepada mereka dipermudahkan Allah,” ujar YDP Isma Seremban.
Turut menjayakan serahan dari rumah ke rumah pagi tadi adalah Yang Dipertua Isma Seremban, Tuan Hj Norhelmi Bin Jamil dan Ketua Biro Komunikasi Korport & Multimedia Isma Seremban, Ustazah Hajjah Kaslawati Binti Kassim.
“Moga sumbangan orang ramai menerusi Bakul Kasih Ramadan tahun ini dapat meringankan beban yang ditanggung.
Mereka benar-benar memerlukan. Ada yang terlantar sakit, ada yang hilang punca pendapatan, ada yang terpaksa bekerja membersihkan rumah orang untuk meneruskan kehidupan. Moga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka,” ujar Yang Dipertua Isma Seremban lagi.