Isma Seremban serah sumbangan kepada petugas Hospital Tuanku Jaafar

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

SEREMBAN, 26 Mac – Selepas memberi sumbangan kepada Hospital Rembau, Isma Seremban hari ini menyerahkan sumbangan barangan untuk ‘frontliners’  di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Kali ini sebanyak 300 pek barangan makanan dan minuman ringan diserahkan tanda solidariti kepada  petugas-petugas kesihatan di bahagian hadapan Hospital Tuanku Jaafar.

Serahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia, Isma Seremban, Tuan Haji Norhelmi Bin Jamil kepada Puan Nurul Ain Ghazali, Pegawai Khidmat Pelanggan Hospital Tuanku Jaafar.

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan ini adalah Saudara Zakri Md Zin, Naib Yang Dipertua Isma Seremban, Dr Basyir Kamaruzaman, AJK I-Medic Negeri Sembilan dan Ustaz Mohd Mustafa Kamarudin wakil Yayasan Ikhlas Negeri Sembilan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepda semua pihak yang membantu dan bertungkus-lumus menjayakan usaha sumbangan ini.

“Berikutan pengumumam YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin semalam, berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan ke 14 April ini, pihak hospital dan petugas barisan hadapan yang lain sudah pasti memerlukan lagi bantuan daripada masyarakat. Justeru sumbangan berterusan daripada masyarkat adalah amat dialu-alukan,” ujar Yang Dipertua Isma Seremban pagi tadi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat