Isma sokong Malaysia tegas usir penceroboh perairan negara

MELAKA, 17 Julai – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memuji tindakan tegas kerajaan dalam usaha menjaga kedaulatan perairan negara dari sebarang pencerobohan samada ianya bersifat sengaja mahupun tidak.

Menurut Yang DiPertua Isma Melaka Tengah, Dr. Khair Razlan Othman kedaulatan negara merupakan salah satu agenda yang perlu terus diletakkan sebagai keutamaan tanpa kompromi.

“Saiz negara yang kecil tidak bermakna Malaysia perlu tunduk pada kuasa asing yang bertindak kurang ajar mencabul kedaulatan negara,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin Berita Harian melapurkan bahawa Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tiada  lagi kapal pengawal pantai dan tentera laut China dikesan menceroboh perairan Malaysia setakat ini.

Hal ini berikutan Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan kapal pengawal pantai China dan tentera laut China dikesan menceroboh perairan negara sebanyak 89 kali dari tahun 2016 hingga 2019.

Justeru, beliau menyeru pihak kerajaan untuk terus memperkuat pertahanan negara terutama dari segi peruntukan belanjawan negara bagi mempertingkat keupayaan teknologi dan fasiliti ketenteraan sedia ada.

“Aspek ini yang sering diabaikan dan acap kali (pertahanan) mendapat sejumlah peruntukan kecil dalam belanjawan negar,” katanya.

Tambahnya lagi perairan Malaysia suatu ketika dahulu terkenal sebagai salah sebuah negara kuasa maritim yang disegani di perairan Nusantara.

“Keseriusan kerajaan dalam mempertingkatkan keupayaan ketenteraan merupakan langkah penting dalam menyuntik aspirasi untuk rakyat Malaysia bahawasanya usaha meletakkan Malaysia kembali sebagai suatu kuasa bukan hanya angan angan semata,” ujarnya lagi yang merupakan seorang pensyarah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat